Persatuan Kebajikan Hal Ehwal Wanita Islam

Persatuan Kebajikan Hal Ehwal Wanita Islam

22 Oktober, 2010

Kelas Jahitan Manik

17 Oktober 2010 - Jawatankuasa Penduduk Zon 4 MPAJ dengan kerjasama HELWANI telah mengadakan kelas jahitan manik pada baju yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Melayu Sungai Sering, Ampang.

Kelas jahitan manik ini yang diadakan secara percuma telah mendapat sambutan luarbiasa walaupun bilangan peserta adalah terhad kepada 20 peserta.  Oleh kerana sambutan yang begitu menggalakkan, pihak penganjur JKP Zon 4 MPAJ bercadang akan mengadakan kelas jahitan untuk Sessi 2 dalam jangkamasa terdekat. Ramai di kalangan peminat jahitan manik yang tidak dapat menyertai kelas pasa Sessi 1 kerana penyertaan dibuat berdasarkan konsep 'First Come First Serve'.  

Kepada semua peminat kelas jahitan manik...harap bersabar.  InsyaAllah...dipermudahkan untuk kita jalankan untuk Sessi 2 nanti.

- Pengerusi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan